Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri
masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di
hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi
kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut
anda tahu.
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap
dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan
yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa
cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air
panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya?
Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah
Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai
cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus
untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang
benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika
lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut
di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap
terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Rahsia 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu
adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke
dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah
dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air
yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki,
staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang
kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2
minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun
di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala
Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita
dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh
disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel
tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya?
Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.
No comments :
Post a Comment